December 16, 2013

Promosi Shaklee Omega Guard

Assalamualaikum...

Dah lama tak meng'hupdate' belog... Jadi dengan ini mari lah menguatkan semangat meng'hupdate' belog dengan bisnes terbaru... Kuikui...

Baru 3 bulan berjinak2 dengan bisnes ni... And so far, I like it... Sbb dah cuba sendiri, dan puas hati, baru start berbisnes... 

First entry bisnes nak cite kebaikan OmegaGuard Shaklee, becoz this month promosi Omega...

Antara kebaikan OmegaGuard Shaklee:

1. Ibu hamil (perkembangan otak bayi dlm kandungan, kurangkan risiko lahir pramatang, dan mengurangkan alahan bayi slepas bayi dilahirkan)

2. Ibu menyusu (perkembangan otak bayi)


3. Kanak2 (Usia 0-6tahun adalah peringkat umur yg sangat kritikal dimana pertumbuhan otak yg yg pintar perlukan makanan yg kaya dgn asid lemak Omega 3, DHA dan EPA. dan bagus utk sistem imunisasi kanak2,asma,eczema)


4. Individu yang ingin mengawal berat badan (omega 3 meningkatkan hormone Leptine yg mengawal selera makan dan membakar lemak lebih cepat)


5. Individu yg ingin meningkatkan kepekaan , daya ingatan,kecekapan kerja 


6. Lelaki yg mementingkan kesihatan - memelihara dari penyakit jantung, strok, obesiti, kencing manis dan byk lagi


7. Wanita yg mementingkan kecantikan (flawless skin) dan kesihatan(tulang dan sendi)




Normal Price: RM136...
Promosion Price: ??? 

Do whatsapp untuk sebarang pertanyaan dan harga promosi yerrr... Tq all...
Rasyida | 0133580061 | SID: 933793 =)



February 18, 2013

Kerisauan melanda diri... :'(

Assalamualaikum...

Lama nya x update blog, coz no idea!

Huuuu...

Siyesly, dok kat opis ni mmg xde buat pape... Boring yg teramat... Nak guna tenet pon terbatas, coz byk yg kena sekat... Jadi, blogwalking je la keje kite ni... Wuwu... 

Huuu... Ntah la... Actually, diri ini sgt merisaui diri sendiri... Sejak dua menjak ni, hati ni bercampur baur... Macam2 yg dipikirkan... Sedey nya!

Sedey smlm x abes lg akibat Hafiz Hamidun amek gambo ngan si Fafah... Jeles tahap apa tah aku ni... Padahal si Hafiz tu bukan kenal aku pon... "Da la Syida, lupakan si HH tu k!" Chayok2!

Sakit??? Sakit apa sebenarnya ni??? Sgt risau... Kenapa aku??? Kenapa sekarang??? Sakit ke??? Sejak bila??? Kenapa??? Arrrggghhhh... Siyesly stress kalo nak pk sume ni... Sgt2 risau... kadang2 hati ni ckp, "Abg nak jumpa da kat SANA dah ke??"... Aku x bersedia lg... Byk lg dosa dlm diri ni... Allahurabbi... Jauhkan aku dari perkara2 yg x sepatutnya... "Mmg jodoh aku ngan DIA ke?? Xde jodoh ngan org lain dah ek kat dunia ni?? Sbb tu semua ni jadi kat aku???"... Hmmm... Mcm2 la aku pk... Stresssss!!!

Sabar Syida sabar! Bykkan doa! Usaha yg terbaikkk... Risau itu x dpt dielakkan... Perasaan bercampur baur... (sakit jiwa ringan kan aku ni)... =,="

Moga aku terhindar dari segala penyakit bahaya... Tp jika itu takdirnya, aku redha... InsyaAllah... Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya... :)

SABAR ITU INDAH... <3

January 2, 2013

Wanita Menawarkan Diri untuk Dinikahi

Assalamualaikum...

Isu ini di ambil dari Solusi Isu 51, Januari 2013...
Tulisan Zizi Azlinda Mohd Yusoff, Halaman 90...

Jom baca tambah ilmu! =)

Kebiasaan adat, lelaki akan merisik wanita untuk dijadikan pendamping dan penyeri hidupnya. 
Namun, bagaimana jika wanita merisik dan menawarkan dirinya untuk dinikahi???

Dalam adat Melayu, pasti ada yang mula bergosip andai kedengaran seorang wanita menawarkan dirinya kepada seseorang lelaki untuk dinikahi kerana dianggap aib.

Namun demikian, perkara ini tidak menyalahi syariat. Ulama telah menggariskan beberapa karakter lelaki yang menjadi pilihan hati dan perkara yang perlu dilakukan oleh seorang wanita setelah mendapat jawapan daripada si lelaki. Semoga kisah di bawah dapat dijadikan panduan buat Muslimat kini... =)


Jawapan terbaik daripada pemimpin agung

Lipatan sirah Islam pernah menukilkan kisah seorang wanita menemui Rasulullah lalu menawarkan dirinya kepada Baginda untuk dinikahi. Pada ketika itu, Baginda berada di rumah seorang sahabat bernama Anas.

Ali meriwayatkan bahawa pada suatu hari beliau bersama-sama Anas r.a. dan anak perempuannya. 
Anas berkata: "Telah datang kepada Rasulullah s.a.w. seorang wanita yang menawarkan dirinya kepada Baginda dengan berkata: 'Wahai Rasulullah, adakah kamu berhajat kepada diriku?'

"Anak perempuannya terus berkata: 'Alangkah kurang malu wanita ini dan amat memalukan perbuatannya ini.'

"Anas berkata: 'Dia lebih baik daripadamu kerana dia berkehendakkan kepada Rasulullah lalu menawarkan dirinya kepada Baginda," (Riwayat al-Bukhari, al-Nasa'i dan Ibn Majah)

Malah, Khawlah binti Hakim antara wanita yang menawarkan dirinya kepada NAbi s.a.w. (Sahih al-Bukhari, jil. 7, halaman 15)

Imam al-Bukhari turut mendatangkan satu riwayat lagi pada hadis yang sama. Apabila Rasulullah hanya mendiamkan diri atas tawaran wanita itu untuk mengahwini dirinya, seorang sahabat yang berada disitu berkata: "Wahai Rasulullah, kahwinkan wanita itu dengan aku."

Kemudian, Baginda bertanya yang bermaksud: "Adakah kamu mempunyai sesuatu?"

Beliau menjawab: "Aku tidak mempunyai sesuatu."

Kesimpulannya, Islam mengharuskan wanita merisik atau menawarkan dirinya kepada seorang lelaki soleh yang ingin dijadikan suaminya.

Rasulullah telah menunjukkan jawapan terbaik kepada risikan dan tawaran wanita tadi dengan cara berdiam (sukut). Ibn Hajar al-Asqalani menjelaskan: "Tidak patut bagi lelaki tersebut menolaknya dengan cara terang-terangan, bahkan cukuplah dengan berdiam diri. Bukankah diam itu selembut-lembut cara dan paling beradab untuk menolak tawaran seorang wanita?" (Fath al-Bari)


Apabila mendapat jawapan

Berikut dinyatakan syarat-syarat yang perlu ada pada lelaki yang ingin dirisik oleh wanita:

1. Lelaki yang soleh
2. Ketinggian ilmu
3. Keutuhan agama
4. Berakhlak mulia

Syarat-syarat ini digariskan oleh ulama muktabar seperti al-'Aini, al-Qastalani dan al-Nawawi berdasarkan
kata-kata daripada Anas r.a. kepada anak perempuannya: "Dia lebih baik daripada kamu."

Hal ini kerana wanita tersebut menawarkan dirnya kepada Rasulullah atas dasar iman dan ketinggian peribadi   Rasulullah s.a.w. Disebabkan itu, wanita tersebut dilabelkan lebih baik oleh Anas r.a.

Abdul Karim Zaidan menghimpunkan pendapat-pendapat ulama di atas dalam al-Mufassal fi Ahkam al-Mar'ah wa al-Bait al-Muslim fi Shariah al-Islamiyyah (jil 6), Ahkam al-'A'ilah bab Wanita Menawarkan Diri kepada Lelaki Soleh, (halaman 55-56)

Setelah wanita tersebut mendapat jawapan daripada lelaki soleh tersebut berkenaan tawarannya, wanita itu hendaklah diam dan menjauhkandiri daripadanya. Sekiranya lelaki itu menolak tawaran wanita tersebut, maka jauhkan diri daripadanya dan tidak berterusan terang-terangan menawarkan diri lagi. 

Walaupun lelaki tersebut bersetuju, wanita tersebut hendaklah menjauhkan diri daripadanya kerana jika benar lelaki itu bersetuju, nescaya dia akan melakukan proses seterusnya seperti berjumpa wali wanita tersebut, khitbah, taaruf dan akhirnya akad nikah.

Kesolehan dan kelembutan wanita solehah tidak akan menghalangnyaagar segera melakukan kebaikan. Hati wanita yang takutkan Allah diletakkan kepada-Nya bukan kepada manusia. Islam tidak memandang hina kepada wanita solehah yang berani menawarkan dirinya kepada lelaki soleh untuk dinikahi atas jalan syarak. 

Wallahua'alam... Masing2 punya pendapat masing2... Kadang ada yg setuju, dan ada juga yang tidak setuju... Apa pun pendapat atau pandangan kita, jangan sesekali kita menghina sesiapa... Kerana kita bukan sesiapa utk menilai, kita juga seorang hamba yang menumpang di bumi Allah... Wassalam... =) 

December 18, 2012

Kelebihan Surah al-Waqiah

Assalamualaikum...

Apa khabar iman kita? Harap2 sihat wal'afiat... :)

Huu... Hari ni terdetik nak share kelebihan surah al-Waqiah... Jadi, jari pun dgn pantas men'search' kat pakcik google utk dpt info yg lg byk... :)) 
Disebabkan diri sendiri pun belum mampu istiqamah... Jadi, jom kita sama2 cuba sehabis mampu... 
Kerana sesungguhnya, Allah lebih menilai usaha kita... Yang penting niat kita Lillahita'ala... :)

JOM! 

Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesiapa membaca surah al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran."

Sabda Rasulullah s.a.w: "Siapa membaca surah al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama2nya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas'ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w: "Ajarkanlah surah al-Waqiah kpd isteri2mu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan." (Hadis riwayat Ibnu Ady) 

Sabda Rasulullah s.a.w: "Barang siapa yg membaca surah al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah al-Waqiah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kpd anak2mu semua."

Diantara fadhilat2 membaca surah al-Waqiah adalah:

1. Jika dibaca setiap malam sbg wirid, maka tidak akan tertimpa
   kepapaan.

Rasulullah bersabda ertinya: "Barangsiapa membaca surat al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan menimpa kepadanya kepapaan, dan surah al-Waqiah adalah surah kaya, maka bacalah dan ajarkan kepada anak2 kamu."

2. Berkata Masruq: "Siapa ingin mengetahui cerita org2 terdahulu dan org2 terkemudian, serta cerita ahli syurga dan ahli neraka, penduduk dunia dan akhirat, maka bacalah surah al-Waqiah." 
(Tafsir Jamal, Juz IV, halaman 269)

3. Imam Ja'far r.a. berkata: "Barangsiapa membaca surah al-Waqiah pada waktu pagi ketika keluar dari rumahnya untuk bekerja, atau untuk mencari keperluan. Maka Allah akan permudahkan rezekinya dan mendatangkan hajatnya. Dan barangsiapa membaca surah al-Waqiah pada waktu pagi dan petang, maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan, dan tidak akan takut terhadap org yg akan memfitnah, sedangkan fitnahnya kembali pd org itu."
(Khazinatul Asrar Kubra, halaman 360)   

4. Disebutkan dalam Khawashul Qur'an, siapa yg membaca surah al-Waqiah sebyk 41 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Dan barangsiapa membaca surah al-Waqiah sesudah solat Asar sebyk 14 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Aturan tersebut adalah mujarab. Jika menginginkan datangnya rezeki dari Allah dgn tak terkira2 datangnya, maka bacalah surah al-Waqiah selama 40 hari berturut2 jgn terputus, dan setiap harinya dibaca 40 kali.

5. Dengan mewiridkan surah al-Waqiah sbg bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa'd Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.

Rasulullah bersabda ertinya: "Barangsiapa membiasakan membaca surah al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.


Hmm... Rasa2 boleh tak ek kita amalkan surah ni setiap hari??
InsyaAllah! Kita pasti boleh! 
Ambil yg mudah.. Jgn sampai rasa terbeban pula... 
Kalau rasa tak mampu ambil yg byk, ambil lah yg mudah.. Contohnya, baca lepas solat isyak, atau lepas maghrib sebelum isyak... Kalau rasa tak boleh, baca lepas solat subuh... InsyaAllah mesti boleh punya... Walopon surah ni ada 96 ayat (dgr mcm byk), tp ayat nya pendek2 je... Lebih kurg 5 minit je baca... Hee.. :)

*Kita ada 1000 alasan untuk mengelak, bila hati kita mmg dah rasa tak nak... But, kita ada 1000 juga alasan untuk amalkan, bila hati kita ikhlas nak buat..* 

December 17, 2012

Apa di Sebalik Pintu Itu???

Ada seorg wanita yg dikenal taat beribadah.
Dia juga menjalankan ibadah sunnah.
Hanya satu kekurangannya, dia tidak mahu berjilbab (menutup auratnya).
Setiap kali dia ditanya, dia hanya tersenyum dan menjawab, 
"InsyaAllah, yg penting hati dulu yg berjilbab."

Sudah ramai org bertanya mahu pun menasihatinya, tp jawapannya tetap sama.

Hingga suatu malam, dia bermimpi sedang berada di sebuah taman yg sgt indah.
Rumputnya sgt hijau, berbagai mcm bunga bermekaran. 
Dia bahkan bisa merasakan segarnya udara dan wanginya bunga.
Sebuah sungai yg sgt jernih hingga dasarnya kelihatan, melintas di pinggir taman.
Semilir angin pun dia rasakan di sela2 jarinya.

Ia tak sendiri.
Ada beberapa wanita di situ yg terlihat juga menikmati keindahan taman. 
Dia pun menghampiri salah satu wanita.
Wajahnya sgt bersih seakan2 memancarkan cahaya yg sgt lembut.

"Assalamualaikum, saudariku..."

"Walaikumsalam. Selamat dtg saudariku."

"Terima kasih. Apakah ini syurga?"

Wanita itu tersenyum, "Tentu saja bukan, saudariku. Ini hanyalah tempat menunggu sblm ke syurga."

"Benarkah? Tak bisa ku bayangkan seperti apa indahnya syurga, jika tempat menunggunya saja sudah seindah ini."

Wanita itu tersenyum lagi. "Amalan apa yg bisa membuatmu kemari, saudariku?"

"Aku selalu menjaga waktu solat dan aku menambahnya dgn ibadah sunnah."

"Alhamdulillah..."

Tiba2 jauh di hujung taman, dia melihat sebuah pintu yg sgt indah. Pintu itu terbuka. Dan dia melihat beberapa wanita yg berada di taman mulai memasukinya satu per satu.

"Ayuh kita ikuti mereka", kata wanita itu setgh berlari.

"Apa disebalik pintu itu?", katanya sambil mengikuti wanita itu.

"Tentu saja syurga saudariku", larinya semakin cepat.

"Tunggu... Tunggu aku..."

Dia berlari namun tetap tertinggal.
Wanita itu hanya setgh berlari sambil tersenyum kpdnya. 
Dia tetap tak mampu mengejarnya, meski dia sudah berlari. Dia lalu berteriak, "Amalan apa yg telah kau lakukan hingga engkau begitu ringan?"

"Sama dgn engkau saudariku.", jawab wanita itu sambil tersenyum.

Wanita itu telah mencapai pintu. 
Sebelah kakinya telah melewati pintu.
Sblm wanita itu melewati pintu sepenuhnya, dia berteriak pd wanita itu, 
"Amalan apalagi yg kau lakukan yg tidak ku lakukan?"

Wanita itu menatapnya dan tersenyum.
Lalu berkata, "Apakah kau tidak memperlihatkan dirimu, apa yg membezakan dgn diriku?"

Dia sudah kehabisan nafas, tak mampu lg menjawab.

"Apakah kau mengira Rabbmu akan mengizinkanmu masuk ke syurgaNya tanpa jilbab menutup auratmu?"

Tubuh wanita itu telah melewati pintu.
Tp tiba2 kepalanya mengintip keluar, memandangnya dan berkata,
"Sungguh sgt syg amalanmu tak mampu membuatmu mengikutiku memasuki syurga ini utk dirimu. Cukuplah syurga hanya sampai kpd hati mu kerana niatmu adalah menghijabi hati."

Dia tertegun...

Lalu terbangun...
Beristighfar lalu mengambil wudhu'.
Dia tunaikan solat malam.
Menangis dan menyesali perkataannya dulu.
Dan berjanji pada Allah, sejak saat itu, ia akan menutup auratnnya...

Noted: Semoga kita semua tidak tergolong dlm golongan org2 yg rugi... :)

December 12, 2012

Ujian Allah pasti bersebab!

Allahurabbi... Lepas satu, satu ujian dtg menimpa...
Kdg2 diri sering bertanya, apa dosa aku Ya Allah, sampai aku diuji begini... Allah... lemahnya iman ini... Bukan kah Allah uji tanda Allah syg? Bukankah Allah uji sbb nk uji tahap keimanan aku? Bukankah Allah bg semua ni sbb nak ampunkan dosa2 aku... InsyaAllah, moga aku tergolong dlm golongan org2 yg sabar, tabah, dan redha dlm setiap ujian Allah... :)

Kat sini aku sertakan satu artikel terbaik pengubat hati duka ini.. Disebabkan aku rasa down sgt hari ni, atas sesuatu yg berlaku, jd aku cari bahan bacaan yg boleh memulihkan semangat aku... Alhamdulillah... aku oke! InsyaAllah...

Jom baca!

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

" Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu."

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian, tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!


Sumber:http://melayuboleh.8forum.net/t446-hikmah-disebalik-ujian-allah

Allahurabbi... Syukurlah saat diuji... Itu tanda Allah sayang... Sweet kan Allah... :)

Bila Allah ambil sesuatu dr kita, pasti Allah nk gantikan dgn yg lebih baik... Yeah! :))

Note: Pasti ada hikmah Allah bukak cite ni hari ini! Berbaik sangka lah pada Allah... Sungguh, Allah suka berahsia dgn menyembunyikan yg manis disebalik yg pahit... Moga aku redha...  

December 7, 2012

Jumaat yang indah... :)

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...

Jumaat... Penghulu segala hari... Ya, jumaat yang indah... Hari ni luar biasa sikit dr hari sblm2 ni... Sbb? Matahari bersinar2 sgt masa nk g keje td... Terdetik kat hati, eh, lambat sgt ke aku kuar hari ni... Terang sgt dah ni... But bila tgk jam, hmm, hari ni awal kuar... Cantik nya matahari hari ni, cerah, terang... Kalau la boleh tgk dgn mata kasar... =,=" Kita boleh tgk cahaya nya je kan... Subhanallah... Indah sungguh ciptaan Allah... Dan alhamdulillah, masih dapat lg tgk dunia... :))

Ada apa dgn hari jumaat? 

Sabda Nabi SAW: “Hari terbaik yang memancarkan sinar mataharinya ialah hari Jumaat. Padanya diciptakan Adam AS, padanya dimasukkan dia ke dalam syurga dan padanya dikeluarkan dia darinya. Dan tidak akan berlaku hari Kiamat kecuali pada hari Jumaat.” (Sahih Muslim: 854 )

Sunnah2 di hari Jumaat... Jom kita amalkan sama2... :) InsyaAllah... Usaha yg termampu... Moga Allah redha...

1. Mandi dan berwangi2 (lelaki shj).
   Rasulullah SAW berkata: "Mandi pada hari Jumaat itu wajib bg   
   setiap org yg sudah baligh. Hendaklah dia menggosok gigi dan  
   memakai wangian jika mempunyainya." (Sahih, al-Bukhari:880,   
   Muslim: 846)

2. Membykkan selawat kpd Rasulullah SAW.
   Kata Nabi SAW: "Sesungguhnya sebaik2 hari ialah hari Jumaat,  
   maka perbykkanlah selawat keatasku pada hari tersebut.  
   Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kpd ku."(Sahih,   
   Abu Daud:1047, disahihkan oleh al-Arnaouth)

3. Membykkan berdoa terutama di akhir waktu asar.
  "Pada hari Jumaat terdapat 12 jam, pada waktu itu, tidaklah 
   seorg hamba Muslim berdoa sesuatu kpd Allah melainkan Dia akan 
   mengabulkannya. Oleh itu, carilah ia diakhir waktu selepas  
   asar." (Sahih, Abu Daud: 1048, di sahihkan oleh al-Hakim, adz- 
   Dzahabi, an-Nawawi dan al-Albani)

4. Membaca surah al-Kahfi.
   Rasulullah SAW berkata: "Sesiapa yg menbaca surah al-Kahfi pd  
   hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di ant dua Jumaat."  
  (Sahih, al-Hakim:3392, disahihkan oleh al-Albani)

5. Berjln kaki dan bersegera ke masjid.
   Kata Nabi SAW: "Sesiapa yg memandikan atau mandi pd hari  
   Jumaat, kemudian bersegera dgn berjln kaki, tidak menaiki  
   kenderaan, dan mendatangi imam lalu mendgr khutbah dan tidak  
   bermain2, maka adalah baginya setiap langkah(bersamaan) amalan  
   puasa dan solat selama setahun." (Sahih, Sunan Abi Daud: 345, 
   disahihkan oleh al-Albani)


Hmm... Sebenarnya, byk lg sunnah2 hari Jumaat ni... Tp x berkesempatan nak senaraikan sume... Jom sama2 kita bykkan amalan di hari yg mulia ni... Sama2 tambah pahala... Moga Allah redha... :)