Assalamualaikum...
Apa khabar iman kita? Harap2 sihat wal'afiat... :)
Huu... Hari ni terdetik nak share kelebihan surah al-Waqiah... Jadi, jari pun dgn pantas men'search' kat pakcik google utk dpt info yg lg byk... :))
Disebabkan diri sendiri pun belum mampu istiqamah... Jadi, jom kita sama2 cuba sehabis mampu...
Kerana sesungguhnya, Allah lebih menilai usaha kita... Yang penting niat kita Lillahita'ala... :)
JOM!
Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesiapa membaca surah al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran."
Sabda Rasulullah s.a.w: "Siapa membaca surah al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama2nya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas'ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w: "Ajarkanlah surah al-Waqiah kpd isteri2mu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan." (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w: "Barang siapa yg membaca surah al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah al-Waqiah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kpd anak2mu semua."
Diantara fadhilat2 membaca surah al-Waqiah adalah:
1. Jika dibaca setiap malam sbg wirid, maka tidak akan tertimpa
kepapaan.
Rasulullah bersabda ertinya: "Barangsiapa membaca surat al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan menimpa kepadanya kepapaan, dan surah al-Waqiah adalah surah kaya, maka bacalah dan ajarkan kepada anak2 kamu."
2. Berkata Masruq: "Siapa ingin mengetahui cerita org2 terdahulu dan org2 terkemudian, serta cerita ahli syurga dan ahli neraka, penduduk dunia dan akhirat, maka bacalah surah al-Waqiah."
(Tafsir Jamal, Juz IV, halaman 269)
3. Imam Ja'far r.a. berkata: "Barangsiapa membaca surah al-Waqiah pada waktu pagi ketika keluar dari rumahnya untuk bekerja, atau untuk mencari keperluan. Maka Allah akan permudahkan rezekinya dan mendatangkan hajatnya. Dan barangsiapa membaca surah al-Waqiah pada waktu pagi dan petang, maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan, dan tidak akan takut terhadap org yg akan memfitnah, sedangkan fitnahnya kembali pd org itu."
(Khazinatul Asrar Kubra, halaman 360)
4. Disebutkan dalam Khawashul Qur'an, siapa yg membaca surah al-Waqiah sebyk 41 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Dan barangsiapa membaca surah al-Waqiah sesudah solat Asar sebyk 14 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Aturan tersebut adalah mujarab. Jika menginginkan datangnya rezeki dari Allah dgn tak terkira2 datangnya, maka bacalah surah al-Waqiah selama 40 hari berturut2 jgn terputus, dan setiap harinya dibaca 40 kali.
5. Dengan mewiridkan surah al-Waqiah sbg bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa'd Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah bersabda ertinya: "Barangsiapa membiasakan membaca surah al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.
Hmm... Rasa2 boleh tak ek kita amalkan surah ni setiap hari??
InsyaAllah! Kita pasti boleh!
Ambil yg mudah.. Jgn sampai rasa terbeban pula...
Kalau rasa tak mampu ambil yg byk, ambil lah yg mudah.. Contohnya, baca lepas solat isyak, atau lepas maghrib sebelum isyak... Kalau rasa tak boleh, baca lepas solat subuh... InsyaAllah mesti boleh punya... Walopon surah ni ada 96 ayat (dgr mcm byk), tp ayat nya pendek2 je... Lebih kurg 5 minit je baca... Hee.. :)
*Kita ada 1000 alasan untuk mengelak, bila hati kita mmg dah rasa tak nak... But, kita ada 1000 juga alasan untuk amalkan, bila hati kita ikhlas nak buat..*