December 16, 2013

Promosi Shaklee Omega Guard

Assalamualaikum...

Dah lama tak meng'hupdate' belog... Jadi dengan ini mari lah menguatkan semangat meng'hupdate' belog dengan bisnes terbaru... Kuikui...

Baru 3 bulan berjinak2 dengan bisnes ni... And so far, I like it... Sbb dah cuba sendiri, dan puas hati, baru start berbisnes... 

First entry bisnes nak cite kebaikan OmegaGuard Shaklee, becoz this month promosi Omega...

Antara kebaikan OmegaGuard Shaklee:

1. Ibu hamil (perkembangan otak bayi dlm kandungan, kurangkan risiko lahir pramatang, dan mengurangkan alahan bayi slepas bayi dilahirkan)

2. Ibu menyusu (perkembangan otak bayi)


3. Kanak2 (Usia 0-6tahun adalah peringkat umur yg sangat kritikal dimana pertumbuhan otak yg yg pintar perlukan makanan yg kaya dgn asid lemak Omega 3, DHA dan EPA. dan bagus utk sistem imunisasi kanak2,asma,eczema)


4. Individu yang ingin mengawal berat badan (omega 3 meningkatkan hormone Leptine yg mengawal selera makan dan membakar lemak lebih cepat)


5. Individu yg ingin meningkatkan kepekaan , daya ingatan,kecekapan kerja 


6. Lelaki yg mementingkan kesihatan - memelihara dari penyakit jantung, strok, obesiti, kencing manis dan byk lagi


7. Wanita yg mementingkan kecantikan (flawless skin) dan kesihatan(tulang dan sendi)




Normal Price: RM136...
Promosion Price: ??? 

Do whatsapp untuk sebarang pertanyaan dan harga promosi yerrr... Tq all...
Rasyida | 0133580061 | SID: 933793 =)



February 18, 2013

Kerisauan melanda diri... :'(

Assalamualaikum...

Lama nya x update blog, coz no idea!

Huuuu...

Siyesly, dok kat opis ni mmg xde buat pape... Boring yg teramat... Nak guna tenet pon terbatas, coz byk yg kena sekat... Jadi, blogwalking je la keje kite ni... Wuwu... 

Huuu... Ntah la... Actually, diri ini sgt merisaui diri sendiri... Sejak dua menjak ni, hati ni bercampur baur... Macam2 yg dipikirkan... Sedey nya!

Sedey smlm x abes lg akibat Hafiz Hamidun amek gambo ngan si Fafah... Jeles tahap apa tah aku ni... Padahal si Hafiz tu bukan kenal aku pon... "Da la Syida, lupakan si HH tu k!" Chayok2!

Sakit??? Sakit apa sebenarnya ni??? Sgt risau... Kenapa aku??? Kenapa sekarang??? Sakit ke??? Sejak bila??? Kenapa??? Arrrggghhhh... Siyesly stress kalo nak pk sume ni... Sgt2 risau... kadang2 hati ni ckp, "Abg nak jumpa da kat SANA dah ke??"... Aku x bersedia lg... Byk lg dosa dlm diri ni... Allahurabbi... Jauhkan aku dari perkara2 yg x sepatutnya... "Mmg jodoh aku ngan DIA ke?? Xde jodoh ngan org lain dah ek kat dunia ni?? Sbb tu semua ni jadi kat aku???"... Hmmm... Mcm2 la aku pk... Stresssss!!!

Sabar Syida sabar! Bykkan doa! Usaha yg terbaikkk... Risau itu x dpt dielakkan... Perasaan bercampur baur... (sakit jiwa ringan kan aku ni)... =,="

Moga aku terhindar dari segala penyakit bahaya... Tp jika itu takdirnya, aku redha... InsyaAllah... Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya... :)

SABAR ITU INDAH... <3

January 2, 2013

Wanita Menawarkan Diri untuk Dinikahi

Assalamualaikum...

Isu ini di ambil dari Solusi Isu 51, Januari 2013...
Tulisan Zizi Azlinda Mohd Yusoff, Halaman 90...

Jom baca tambah ilmu! =)

Kebiasaan adat, lelaki akan merisik wanita untuk dijadikan pendamping dan penyeri hidupnya. 
Namun, bagaimana jika wanita merisik dan menawarkan dirinya untuk dinikahi???

Dalam adat Melayu, pasti ada yang mula bergosip andai kedengaran seorang wanita menawarkan dirinya kepada seseorang lelaki untuk dinikahi kerana dianggap aib.

Namun demikian, perkara ini tidak menyalahi syariat. Ulama telah menggariskan beberapa karakter lelaki yang menjadi pilihan hati dan perkara yang perlu dilakukan oleh seorang wanita setelah mendapat jawapan daripada si lelaki. Semoga kisah di bawah dapat dijadikan panduan buat Muslimat kini... =)


Jawapan terbaik daripada pemimpin agung

Lipatan sirah Islam pernah menukilkan kisah seorang wanita menemui Rasulullah lalu menawarkan dirinya kepada Baginda untuk dinikahi. Pada ketika itu, Baginda berada di rumah seorang sahabat bernama Anas.

Ali meriwayatkan bahawa pada suatu hari beliau bersama-sama Anas r.a. dan anak perempuannya. 
Anas berkata: "Telah datang kepada Rasulullah s.a.w. seorang wanita yang menawarkan dirinya kepada Baginda dengan berkata: 'Wahai Rasulullah, adakah kamu berhajat kepada diriku?'

"Anak perempuannya terus berkata: 'Alangkah kurang malu wanita ini dan amat memalukan perbuatannya ini.'

"Anas berkata: 'Dia lebih baik daripadamu kerana dia berkehendakkan kepada Rasulullah lalu menawarkan dirinya kepada Baginda," (Riwayat al-Bukhari, al-Nasa'i dan Ibn Majah)

Malah, Khawlah binti Hakim antara wanita yang menawarkan dirinya kepada NAbi s.a.w. (Sahih al-Bukhari, jil. 7, halaman 15)

Imam al-Bukhari turut mendatangkan satu riwayat lagi pada hadis yang sama. Apabila Rasulullah hanya mendiamkan diri atas tawaran wanita itu untuk mengahwini dirinya, seorang sahabat yang berada disitu berkata: "Wahai Rasulullah, kahwinkan wanita itu dengan aku."

Kemudian, Baginda bertanya yang bermaksud: "Adakah kamu mempunyai sesuatu?"

Beliau menjawab: "Aku tidak mempunyai sesuatu."

Kesimpulannya, Islam mengharuskan wanita merisik atau menawarkan dirinya kepada seorang lelaki soleh yang ingin dijadikan suaminya.

Rasulullah telah menunjukkan jawapan terbaik kepada risikan dan tawaran wanita tadi dengan cara berdiam (sukut). Ibn Hajar al-Asqalani menjelaskan: "Tidak patut bagi lelaki tersebut menolaknya dengan cara terang-terangan, bahkan cukuplah dengan berdiam diri. Bukankah diam itu selembut-lembut cara dan paling beradab untuk menolak tawaran seorang wanita?" (Fath al-Bari)


Apabila mendapat jawapan

Berikut dinyatakan syarat-syarat yang perlu ada pada lelaki yang ingin dirisik oleh wanita:

1. Lelaki yang soleh
2. Ketinggian ilmu
3. Keutuhan agama
4. Berakhlak mulia

Syarat-syarat ini digariskan oleh ulama muktabar seperti al-'Aini, al-Qastalani dan al-Nawawi berdasarkan
kata-kata daripada Anas r.a. kepada anak perempuannya: "Dia lebih baik daripada kamu."

Hal ini kerana wanita tersebut menawarkan dirnya kepada Rasulullah atas dasar iman dan ketinggian peribadi   Rasulullah s.a.w. Disebabkan itu, wanita tersebut dilabelkan lebih baik oleh Anas r.a.

Abdul Karim Zaidan menghimpunkan pendapat-pendapat ulama di atas dalam al-Mufassal fi Ahkam al-Mar'ah wa al-Bait al-Muslim fi Shariah al-Islamiyyah (jil 6), Ahkam al-'A'ilah bab Wanita Menawarkan Diri kepada Lelaki Soleh, (halaman 55-56)

Setelah wanita tersebut mendapat jawapan daripada lelaki soleh tersebut berkenaan tawarannya, wanita itu hendaklah diam dan menjauhkandiri daripadanya. Sekiranya lelaki itu menolak tawaran wanita tersebut, maka jauhkan diri daripadanya dan tidak berterusan terang-terangan menawarkan diri lagi. 

Walaupun lelaki tersebut bersetuju, wanita tersebut hendaklah menjauhkan diri daripadanya kerana jika benar lelaki itu bersetuju, nescaya dia akan melakukan proses seterusnya seperti berjumpa wali wanita tersebut, khitbah, taaruf dan akhirnya akad nikah.

Kesolehan dan kelembutan wanita solehah tidak akan menghalangnyaagar segera melakukan kebaikan. Hati wanita yang takutkan Allah diletakkan kepada-Nya bukan kepada manusia. Islam tidak memandang hina kepada wanita solehah yang berani menawarkan dirinya kepada lelaki soleh untuk dinikahi atas jalan syarak. 

Wallahua'alam... Masing2 punya pendapat masing2... Kadang ada yg setuju, dan ada juga yang tidak setuju... Apa pun pendapat atau pandangan kita, jangan sesekali kita menghina sesiapa... Kerana kita bukan sesiapa utk menilai, kita juga seorang hamba yang menumpang di bumi Allah... Wassalam... =)